Cara penggunaan 

Kami sangat mengambil berat masalah yang anda hadapi. Oleh itu kami sediakan panduan cara penggunaan Youbaby Cream ini supaya anda boleh dapatkan hasil yang terbaik.

Untuk pengetahuan anda, majoriti ibu dan ayah yang dah gunakan Youbaby Cream ni untuk bayi mereka sangat berpuas hati dengan hasil yang mereka sudah dapatkan.

Namun, setiap bayi mempunyai kondisi, tahap kesihatan dan antibodi yang berbeza. Jadi sudah pasti, tahap dan tempoh keberkesanan juga berbeza bagi setiap orang. Keberkesanan juga bergantung kepada faktor persekitaran bayi. 

Contohnya masalah batuk dan demam dalam persekitaran yang sejuk disebabkan penghawa dingin atau masalah ruam dan gatal-gatal kulit disebabkan persekitaran yang lembab dan tidak bersih.

Jika selepas penggunaan masih belum nampak kesan. Jangan putus asa. Teruskan penggunaan secara konsisten setiap hari. Kebiasaanya dalam masa 3 hari ke 7 hari memang akan mula nampak perubahan positif. Ini adalah hasil maklum balas daripada pengguna Youbaby Cream sendiri. Apa-apa pun kita hanya berikhtiar selebihnya kita serahkan kepada yang Maha Penyembuh.

Gunakan Youbaby Cream setiap kali selepas mandi dan jangan lupa keringkan badan bayi anda terlebih dahulu. Jom kita lihat cara penggunaannya

Kahak, Batuk, Selsema

Untuk masalah kahak, batuk dan selsema, buat sapuan pada dada, belakang dan di bawah hidung bayi.

Kandungan Youbaby Cream membantu mempercepatkan proses pencairan kahak bayi. Apabila kahak dah cair, kahak akan lebih mudah keluar secara semulajadi. Kebiasaanya kahak akan keluar bersama muntah bayi.

Paling penting ibu dan ayah kena tahu, ianya tak bahaya pun. Malah ia merupakan satu petanda yang positif tau. Maksudnya krim ni sedang ‘buat kerja’ dan membuktikan Youbaby Cream ni berkesan.

Kahak bayi juga tidak semestinya sembuh dan keluar dengan cara muntah. Semasa proses penyembuhan, kahak bayi boleh keluar melalui 3 cara sama ada melalui muntah, najis atau hingus.

So ibu dan ayah jangan pelik kalau kahak berkurang tapi tak nampak bayi muntahkan kahak.

Bonus tips untuk anda:

Ramai juga pengguna Youbaby Cream memberi maklum balas positif bahawa masalah kahak bayi mereka lebih cepat hilang dengan gabungan Youbaby Cream yang membantu proses pencairan kahak & Teknik Tepuk Percussion yang membantu melonggarkan kahak daripada rongga pernafasan bayi. Caranya seperti di bawah:

Selepas anda buat sapuan Youbaby Cream, tiarapkan bayi anda di atas bantal kemudian tepuk belakang bayi anda secara perlahan dengan bentuk tangan melengkung seperti rajah di atas. Lakukan tepukan ini selama 10 minit.

Ruam, Bekas luka, Gigitan serangga

Untuk masalah pada permukaan kulit bayi seperti ini, terus buat sapuan pada tempat yang mempunyai masalah. Jika masalah ruam di muka bayi, tiada masalah untuk sapu pada muka kerana Youbaby Cream hanya mengandungi bahan semula jadi sahaja dan tiada bahan kimia berbahaya.

Demam Kuning/Jaundice

Untuk masalah demam kuning. Boleh lumurkan dengan sapuan nipis Youbaby Cream pada seluruh badan bayi

Selamat mencuba!