5 Cara Hilangkan Kahak Bayi (No.5 Paling Berkesan!)

Kahak Bayi

Sebelum tu..Apa Anda Perlu Tahu Tentang Batuk Kahak Bayi Anda

Dalam cuaca yang tidak menentu ini, kanak-kanak dan orang dewasa akan kehilangan air dalam badan sepanjang hari. Air akan ter “evaporate” dari kulit dan tinggalkan badan apabila kita bernafas, menangis, berpeluh, dan buang air kecil. Batuk adalah runtunan pengecutan rongga toraks yang berlaku secara tiba-tiba dan berterusan. Batuk merupakan refleks biasa yang bertujuan untuk melindungi dan membersihkan lubang nafas.

Bayi dan kanak-kanak paling mudah dijangkiti batuk dan selsema. Ianya adalah normal jika anak masih aktif dan menyusu seperti biasa. Namun jika anak tiba-tiba tidak aktif, tidak mahu menyusu dan berat badannya menurun, segeralah bawa anak untuk pemeriksaan doktor. Batuk yang berterusan berserta kahak atau hingus yang banyak hingga menyebabkan si kecil sukar bernafas atau tercungap-cungap.

Risiko Biarkan Kahak Bayi Anda Berlarutan

Batuk berkahak adalah disebabkan batuk yang berterusan. Batuk yang sukar diubati dan berterusan  adalah antara petanda awal paru-paru mengalami radang akibat jangkitan virus.

Selain batuk berterusan, gejala lain mengeluarkan kahak sama ada berwarna jernih, putih, kuning dan hijau malah ada yang mengeluarkan darah. Faktor tertentu juga boleh menyebabkan anak ibu-ibu mengalami risiko untuk batuk kahak.

  1. Terdedah kepada udara tercemar seperti asap rokok, asap industri dan pencemaran alam.
  2. Alahan yang berpunca daripada habuk, debunga, wangian dan bulu haiwan.
  3. Faktor cuaca seperti cuaca yang terlalu panas atau sejuk
  4. Tidak mengambil vaksin
  5. Virus yang menyebabkan demam atau selsema
  6. Bakteria

Ini Adalah Tanda Amaran Kepada Anda Jika..

  1. Kahak bayi anda berlarutan lebih daripada dua atau tiga hari
  2. Bayi anda tidak aktif atau sukar bernafas
  3. Batuk dan selesema yang berserta demam
  4. Kahak atau hingus yang bertukar kepada warna hijau atau kuning
  5. Virus terjadi selepas berjangkit daripada individu lain
  6. Bernafas dengan laju petanda bayi anda kurang oksigen  atau kelihatan tercungap-cungap
  7. Tidak mahu menyusu atau makan
Mengikut laporan di laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), punca utama selesema dan batuk adalah disebabkan jangkitan virus pada saluran pernafasan di kawasan hidung dan tekak. Selain itu, batuk atau selesema terjadi kesan daripada jangkitan kuman yang masuk ke saluran pernafasan. Apabila batuk beserta kahak yang banyak, kahak adalah pekat lendiran yang dihasilkan oleh mukosa dalam hidung, mulut, tekak. Kalau kita sihat, lendiran ini ada juga, cuma ia cair.

5 Cara Hilangkan Kahak Bayi

 

#1 Mandikan anak anda dengan air suam untuk memberikan keselesaan kepada mereka dan keluarkan kahak selepas mandi air suam kerana kahak agak cair pada waktu itu

#2 Sedut menggunakan tiub penyedut hingus yang boleh didapati di farmasi.

#3 Wapkan anak anda. Caranya masukkan air panas yang masih panas yang masih mengeluarkan wap ke dalam bekas yang agak lebar. Titiskan minyak telon ke dalam air panas. Selubungkan kain di atas kepala dan bawa muka bayi dekat dengan wap air. Hasilnya, ia akan memberi kelegaan pada rongga-rongga pernafasan.

#4 Cuba tepuk bahagian belakang dan hadapan badan anak anda dengan tapak tangan. Gerakkan tangan perlahan-lahan sambil menepuk seluruh kawasan badan anak anda.

#5 Anda juga boleh atasi batuk kahak pada bayi anda tanpa perlu gunakan petua lama atau tanpa perlu makan ubat kerana bayi yang masih kecil sememangnya tidak digalakkan untuk diberi makan ubat. Cara yang lebih mudah dan telah terbukti berkesan ialah dengan menggunakan krim Youbaby yang telah diuji secara klinikal dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Krim ni telah dinobatkan sebagai Produk Penjagaan Bayi Pilihan Pa&Ma bagi tahun 2020. Ibu-ibu sangat disarankan untuk ada krim ni di rumah masing-masing.

Klik disini untuk info lanjut.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *